A TRIBUTE TO MY MOTHER

Bismillah. Assalamualaikum


Bondaku,
Khabarkan padaku
Setiap tumpah darah dan keringatmu melahirkan aku
Khabarkan padaku
Jerih payahmu membesarkan aku
Khabarkan padaku
Penat lelahmu mengajar aku
Jika itu mampu membalas setiap rasamu
Kisahkan padaku
Aku mahu tahu
Aku mahu dengar
Aku mahu ingat

Bondaku,
Wajah tuamu itu selalu terlekat senyum
Walau tubuhmu sakit
Walau harimu perit
Walau fikiranmu rumit

Bondaku,
Wajah tuamu itu takkan pernah jemu dipandang aku
Walau pudar senyummu
Walau kedut rautmu
Walau hilang gigimu

Datangkanlah beribu ribu manusia di hadapanku
Yang aku pilih itu tetap wajahmu
Yang aku pilih itu tetap senyummu
Kerana wajah itu satu dalam beribu
Dan senyum itu mampu merawat kalbu

Bondaku,
Wallahi,
Kasih aku
Sayang aku
Padamulah yang terpaling hakiki
Tak perlu bukti
Cukup Tuhan itu saksi

Selamat hari lahir yang ke 27 mama
Semoga dikurnia keberkatan umur dan dimurahkan rezeki
We love you 

0 comments