APPRECIATION

Bismillah. Assalamualaikum

Yesterday's White Coat Ceremony

Saat aku rebah tak mampu berdiri
Saat langkahku rapuh tak daya berlari
Saat diriku tunduk lesu hilang seri
Merekalah yang setia menanti
Merekalah yang sentiasa di sisi

Setiap jatuh bangun aku
Setiap ranjau hidup aku
Merekalah di belakang aku
Tangis aku
Keluh aku
Resah aku
Semua mereka tahu

Kuatnya aku kerana ada mereka
Tabahnya aku kerana punya mereka
Dua insan ini ada sesuatu yang istimewa
Kerana mereka tempat aku raih syurga
Wallahi sayang aku selamanya buat mereka

Aku sedar beban yang bakal dipikul itu benar berat
Dan tak mampu untuk aku seorang angkat
Tapi selagi ada hayat dan kudrat
Aku janji akan jadi yang bermanfaat
Dan ini sumbang aku untuk ummat

0 comments